728x90 AdSpace

Hai, Apa khabar :D
Blogger Citarasawan
tempat kakwan berkongsi tips, idea dan tempahan
Sunday, September 5, 2010

Petua dan Panduan Membuat Kek Lapis


Petua Membakar dan Mengukus Kek Lapis

Membakar
Untuk kek lapis bakar, guna ketuhar yang mempunyai fungsi gril iaitu api atas kerana ia di masak selapis demi selapis.  Panaskan ketuhar eletrik (api atas dan bawah) selama 15minit pada suhu 150C - 160C sebelum di gunakan.  Jika kek cepat hangus, kurangkan suhunya.  

Kek lapis di bakar selapis demi selapis, oleh itu ia hanya memerlukan masa antara 7-10 minit untu masak bagaimanapun ia bergantung pada jenis ketuhar yang di gunakan, lagi kecil lagi cepat masaknya.  Pastikan setiap lapisan kek berwarna perang tua baru di keluarkan dari ketuhar.

Mengukus
Untuk kek lapis yang di kukus, isikan 3/4 penuh air dalam kukusan dan didihkan dahulu sebelum memasukkan adunan kek ke dalamnya.  Kukus selama 10-15 minit.  Tutup dengan aluminium foil atau kain nipis setiap kali mengukus supaya wap air tidak menitik ke atas kek dan merosakanya.  Pastikan air kukusan di periksa selepas 1/2 jam dan jika kurang tambahkan dengan air panas.

Panduan dan Tips

1.  Setiap lapisan yang telah masak hendaklah di padatkan dengan alat penekan atau belakang gelas untuk menghilangkan gelembung udara yang terperangkap yang menyebabkan permukaan lapisan kek tidak rata.


2.  Lapisan pertama kek mesti di bakar dengan api atas dan bawah manakalah lapisan kek yang kedua dan seterusnya di bakar dengan api atas sahaja.  Api atas jangan terlalu panas kerana permukaan akan cepat hangus.

3.  Permukaan lapisan kek di bakar hingga perang tua supaya lapisnya jelas kelihatan apabila di potong.

4.  Untuk mengelakkan lapisan kek menjadi kering, sapu menggunakan brush campuran 3 sdm mentega dan 2 sdm susu pekat manis di permukaan setiap lapisan kek yang telah masak.  Bagi kek yang menggunakan ovalette tidak perlu disapu dengan campuran ini.



5.  Kek yang telah siap di bakar atau di kukus hendaklah dibiarkan sejuk dalam loyang pembakar selama 30 minit sebelum dikeluarkan.  Balut dengan kertas aluminium dan simpan dalam bekas kedap udara sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk.  Kek lapis tahan selama sebulan di dalam peti sejuk.



...
Please enable JavaScript!
Sila hidupkan Javascript!