728x90 AdSpace

Hai, Apa khabar :D
Blogger Citarasawan
tempat kakwan berkongsi tips, idea dan tempahan
Tuesday, August 10, 2010

Ulang Tahun Pertama Citarasawan dan Selamat Berpuasa



Assalamuaikum,

Sempena Ulang Tahun Pertama Citarasawan, Kakwan ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pelanggan-pelanggan, geng blog  kengkawan cyber, pengunjung sepi (silent reader), jangan malu-malu yea, tunjukkan diri kerana Kakwan pun nak berkenalan juga.. rakan-rakan yang banyak memberi sokongan dan juga kepada yang menyertai blog promosi bersama Citarasawan,  Selain dapat berkongsi resepi dapat juga  berkenalan dengan blog-blog masakan yang lama dan baru  dan tak ketinggalan kepada laman web masakan yang tersohor, Myresipi.com kerana  ramai yang mengenali Kakwan dari sana.

Memandang bulan Ramadhan sudah tiba, kakwan telah menyediakan banyak kuih-muih yang enak dan kukis-kukis yang sedap lagi ceria untuk di cuba dan di hidangkan sempena Hari Lebaran nanti tapi kenalah buat sendiri yea hee hee... kalau nak rasa kakwan yang masak datanglah  umah ...

Kakwan ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat, juga pohon maaf jika ada pertanyaan2 tidak di jawab kerana terlepas pandang dan kesibukan.

Assalamualaikum wrmt.. Salam Sejahtera dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa ...




...
Please enable JavaScript!
Sila hidupkan Javascript!