Menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri (◡‿◡✿)

Kepada yang pulang ke kampung halaman, sila pandu dengan cermat dan berhati-hati. kakwan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca blog kerana sudi datang mencuba resepi dan membuat tempahan. Terima kasih :)
Tuesday, June 08, 2010

Buah Melaka/Ondeh-Ondeh Pandan



Kuih tradisi turun temurun ini memang popular... adunan dari tepung pulut di isi dengan potongan gula melaka dan parutan kelapa muda.  Kebiasaan adunan menggunakan tepung pulut dan campuran air kapur untuk memantapkan kuih tetapi penggunaan air kapur yang berlebihan menyebabkan kuih hilang keenakannya.  Untuk mendapatkan kuih yang mantap bentuknya campurkan sedikit dengan tepung beras tetapi jangan terlalu banyak (30-50gm), kuih lebih cantik bentuknya dan tidak terlalu lembut.  Sesetengah resipi menggunakan keledek atau ubi kentang lecek,,, tetapi yang Asli tetap yang istimewa ...
...