728x90 AdSpace

Selamat Menyambut Bulan
Ramadhan Al-Mubarak dari Citarasawan
Sunday, June 20, 2010

Bagaimana Memindah Lukisan ke atas Kek

Bagi yang memang berbakat melukis tentu tiada masalah melukis terus ke atas kek.  Untuk yang baru belajar mendeco kek boleh lah mengikut langkah ini sebagai permulaan.  Anggap saja kek itu adalah sehelai kertas putih yang ingin di corakkan. 

Bahan-bahan
Sekeping gambar 
Kertas minyak 
lidi untuk melakar
Sebiji kek bersalut cream (Sejukkan dalam peti sejuk terlebih dahulu)

1. 
Ambil gambar kegemaran anda dari majalah, internet atau mana-mana sumber.

2.  Cetak atau lukis gambar tersebut di atas kertas minyak mengikut saiz kek yang di kehendaki.


3.  Keluarkan kek dari peti sejuk.  Lakaran yang telah siap di lukis di atas kertas  tadi kemudian di letakkan ke atas kek.  Ambil lidi dan lakar mengikut garisan gambar tersebut.  Tandakan warna untuk setiap lakaran/gambar.
4.  Angkat kertas lakaran tadi dan anda boleh lihat garisan-garisan lakaran di kek.  Berpandukan garisan tersebut, picit menggunakan buttercream mengikut sebagaimana lakaran gambar. 
5.  Setelah siap warnakan sebagaimana gambar atau ubah dengan warna kesukaan.

Bagaimana dengan Elmo ini? hampir serupa kan...

Birthday Cake Fathy - TQVM Noha & Nizam
Anda boleh memberi komen melalui facebook,twitter dan blogger dengan menekan petak komen dan pilih icon untuk login disebelah :D
Scroll to Top