↑ Iklan, Promosi dan peraduan dipaparkan diatas

Wednesday, March 31, 2010

Whipping Cream

....

Jenis non dairy whipping cream yang terdapat di malaysia.setengah jenama boleh di perolehi di pasaraya dan setengah jenama boleh diperolehi di kedai bakery.

WHIPPED CREAM
*Dikenali juga sebagai ( Non Dairy Whipping Cream @ fresh cream @ whip topping for cake and pastries @ whipped topping )
*Adalah krim yang dibuat khas untuk hiasan kek.
*Ia dirumus drpd minyak sayuran dan minyak kelapa sawit dan tidak mengandungi bahan tenusu.
*Ini menjadikan ia lebih stabil,maknanya corak-corak yang dipaip menggunakan krim ini tahan seminggu tanpa kehilangan bentuknya.
*Ia akan kembang 3-4 x ganda dari kuantiti cecair asalnya jika diputar.
*Jadi jangan dituang lebih dari 20% dari saiz mangkuk mixer anda.
*Ia juga menghasilkan kuantiti yang banyak.
*1 liter krim ini boleh menyalut dan menghias 3 biji kek bersaiz 8 inci.
*Sebelum digunakan kotak krim harus digoncang supaya sebati.
*Kadang-kadang air dan krim di dalam kotak akan terpisah semasa proses nyahbeku dari freezer.
*Putar pada kelajuan yang tinggi hingga kembang dan gebu.

P/S:
*Selalunya krim jenis ini sudah ada perasa gula,jadi apa yang perlu anda lakukan colek sedikit rasa kemanisannya.
*Jika tak cukup manisnya maka boleh tambah gula halus dan putar.
*Jangan terlebih putar kerana ia akan menghasilkan krim yang kasar dan sukar untuk dilepa diatas kek.
*Cukup memadai jika ia kembang,gebu dan likat.
*Jika terlebih putar,masukkan sedikit krim ( yang masih dalam bentuk cecair ) ke dalam krim yang terlebih putar tadi.
*Putar ia pada kelajuan perlahan hingga krim menjadi lebih cair dan halus. ( bukan terlalu cair tapi cair sedikit drpd keadaan krim yang terlebih kental tadi )

Mewarna
*Krim jenis ini boleh diwarna sebaik sahaja diputar hingga kembang dan gebu.
*Ambil sedikit pewarna cecair @ serbuk dan kacau dengan perlahan sudu bagi kuantiti yang sedikit.
*simpan dalam peti sejuk sebentaruntuk mematangkan warna .
*Krim yang diwarnakan akan dibiarkan semalaman @ beberapa jam warnanya lebih terang dan cerah berbanding jika digunakan terus.
*Ini dapat mengelakkan kita dari terlebih letak pewarna dan penambahan cecair dalam krim.
*Ia juga akan lebih mudah digunakan selepas dibiarkan dalam peti sejuk.

Cara Menyimpan
*Krim yang telah diputar sebaiknya disimpan selama sehari dalam peti sejuk.
*Keesokkannya boleh digunakan untuk menghias cupcakes @ kek.
*Supaya anda dapat krim yang mantap @ juga boleh terus digunakan selepas diputar.
*Bergantung pada jenama krim yang digunakan,kebanyakkannya boleh tahan 6 bulan setelah diputar hingga gebu.
*Simpan dalam bekas kedap udara di dalam freezer.
*Jika simpan dalam bentuk cecair boleh tahan selama 1 bulan selepas di buka.
*Simpan dalam pembeku.
*Tapi seeloknya tanya pada si penjual dikedai bakery supplier untuk keterangan yang lebih tepat.
*Jika tertera perkataan "for topping","whip topping" @ "non dairy" ia sesuai digunakan untuk hiasan dan filling.

*Harga di pasaran RM10-RM12 bagi 1liter.
*Ia bergantung pada tempat

Whipping Cream, Masih keliru dengan kedua cream ini??? Kedua-duanya adalah whipping cream (krim putar) yang mempunyai fungsi yang sama iaitu digunakan dalam penyediaan continental cake, dessert, ice-cream, topping.

Secara ringkas perbezaan antaranya adalah dari segi kandungan bahan, cara kegunaan dan penyimpanan

1. Whipping Topping Cream atau di panggil Non-Diary Whip Cream
Kandungan : Minyak Kernel Sawit, Sirap Jagung (baca bahan pada kotak) tiada kandungan lemak dari susu
Tekstur : Mudah kental apabila di pukul mengembang 2 x ganda, rasa manis
Kegunaan : Sebagai Topping dan Filling untuk kek continental seperti Black Forest, Fruit Flan, Banana Choc dan lain-lain.
Kaedah Penyimpanan : Simpan di tempat beku (Freezer), tahan 1 bulan selepas dibuka
Jenama di Pasaran : Rich's, Shine Road, Value Pride, Golden Peak
Dimana Saya boleh mencarinya ? :  Dikedai-kedai Bekalan Bakery, di Pasaraya jarang di dapati.

2. UHT Whipping Cream atau di panggil Dairy Whipping Cream @ Double Cream @ Thickened Cream
Kandungan : Pepejal susu
Tekstur : Lebih pekat dari susu segar (UHT full cream milk) tidak mengembang apabila dipukul, Rasa tawar
Kegunaan : Sebagai bahan campuran dalam membuat Cheese Cake, Tiramisu, Mousse, Dessert, Ice-cream dan Ganache (tidak sesuai untuk topping kek)
Kaedah Penyimpanan : Simpan dalam peti sejuk (Chiller) tidak perlu dibekukan, tahan 1 minggu selepas dibuka.
Jenama di Pasaran : Anchor, Emborg, Pauls,Shani, Greenfields, Bridel
Dimana Saya boleh mencarinya ? :  Dikedai-kedai Bekalan Bakery dan Pasaraya juga boleh di dapati.

UHT - Ultra High Temperature

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

41 Telah Berkata :

mamasyipah said...

salam kak wan.. pa khabar.... mama ada bli UHT Whipping Cream pas tu smpan dlm esbok tmpat beku pula tuu, aduuhh sayang la abis rosak..mma mnta izin ambik info nii tempek kat blog mma..tq..

Citarasawan said...

Mamasyipah@alahai ciannya.. mesti mama konfius dgn ke2 cream tu.. mama ambik la gmbr n info wat ref okei... :)

put3dania said...

salam kak wan sya nak mtk izin amik info dri blog akak ni yerk al maklum la budak bru nak berjinak2 ngan dapur....

Citarasawan said...

put3dania@boleh silakan, hrp btambah ilmu masakn tpi jgn bertambah makan hee hee... :D

Anonymous said...

kak wan, saya nak tahu apa beza whip cream yang manis dan yg tawar?

yang manis tu brand apa?
yang tawar tu brand apa?

kat mana saya boleh beli....dan macam mana cara nak simpannya, kena simpan dlm freezer ke

Citarasawan said...

Anonymous@dah baca tak penerangan kat atas tuu.. rasanya dah diterangkan secara detail ngan gmbarnya sekali. Ada di jual di pasaraya dan kedai bekalan bakery, kakwan syorkan beli di kedai bakery kerana hrganya lebih rendah ...

Anonymous said...

kakwan, klu nak buat topping cam kek black forest tu kena guna jenis rich tu ya, saya ni budak baru nak belajar. Kakwan kena ajar le saya yg tak tahu ni.

Citarasawan said...

Anonymous@betul tu, guna topping whip cream jenama rich's atau shine road.. kek2 yg biasa dipamerkan di kedai kek menggunakan krim jenis ini utk filing dn topping spt kek fruit flan, blackforest dll (krim berwarna putih)

Anonymous said...

kakwan, jika nak beli mixer, jenama apa kakwan syorkan? Kenwood? Kitchen Aid? saya ni cuma nak guna utk hobi kat umah aje...budak baru belajar aje

Citarasawan said...

Anonymous@jika utk rumah guna Kenwood Chef, Kitchen Aid pon boleh tpi harganya agk mahal, jika nk berniaga, guna heavy duty mixer (apa2 brand) buatan korea lbih baik dr China. kakwan guna heavy duty mixer dri korea leh buat dlm kuantiti yg byk...

Anonymous said...

Assalamu alaikum..kak wan..Alhamdulillah jumpa juga saya tempat nak bertanya..saya ni baru berjinak2 ngan hobi membaking neh...ada kemusykilan sket la kakak..nak tanya berapa lama kita nak pukul whipping cream ni utk dibuat fresh cream??dah 3 kali cuba semua tak jadi..jadinye terpaksa buang gitu jek..huhu..saya ada campurkan sedikit gula kedalam whipping cream tu..saya harap akak dapat beri penjelasan sedikit camne cara betul nak beat whipping cream tu agar dia leh ji soft peak tu..-normi-

Citarasawan said...

Normi@UHT whip cream x bleh dipukul lama, ckup nmpk pekat sja, jka dpukul lama ia akn mencair semula.. mnakala whip topping cream utk toping/filing kek, pkul guna high speed hingga kembang 2x ganda.. juga x bleh overbeat nti mengeras pula.. jka guna heavy duty mixer pukul +- 5min, mixer biasa 6-8 min bergantung jnis mixer yg diguna hrp membantu...

Anonymous said...

salam kakwan... blh x kalau saya gantikan whipping topping cream tu dgn yg UHT whipping cream. kat tempat sy xda whipping topping cream... tq kakwan!

Citarasawan said...

sebenarnya whipping cream tu nk dibuat apa yer? klu utk topping kek, UHT whip cream x sesuai(ia lembut) kecuali ia diadunkan menjadi coklat ganache, kalau nk adun bersama cheesecake x der masalah..

Anonymous said...

kak, sy yg kat atas ni. sy nak guna UHT whipping cream utk filling chocolate banana cake. blh x kakwan? klu guna susu cair utk gantikan UHT whipping cream blh x?

Citarasawan said...

Boleh digunakan tpi lebihkan coklat masakan, kalau x filing tu lembut spt ganache..

normi.san said...

Assalamu alaikum kak wan..normi skali lagi..trima kaseh coz sudi mnjwb soklan bdk baru blaja mcm sy nie hehe..maaf la baru laa dpt nak jengok blog kakak..oohh skang baruu sy paham yg sy gna utk wat fresh cream tu uht whip cream lah..upanye tak seswai utk wat topping ekk..sy ada amik gamba cream yg tak jadik tu..mcm bketul2 la kak..hurmm so next time kna guna ready to whip topping lah ekk..err kak wan bleh bagi emel tak?snang nk tny lam emel pepanjang..

Citarasawan said...

Normi@boleh aje call kwan direct jka igin bertanya.. ;)

Anonymous said...

kak wan, klu whipping cream yang telah dibuka, baki yang ada berapa lama (hari )kita boleh simpan dalam peti sejuk....dan cream cheese boleh tak kita simpan dalam freezer?

Citarasawan said...

Whipping cream dan cream cheese yg telah dibuka boleh tahan seminggu dalam peti sejuk, tidak boleh disimpan ditempat beku,bgaimanapun rujuk pd arahan dbungkusannya dan juga expired date.. disyorkan membeli dlm pack kecil dn boleh dhabiskan segera..

Ir. iera said...

salam..kak wan..
minta izin copy artikel nie nak msuk dalam blog...saya budak bru blja masih confuse keduanya..he..he

Ir. iera said...

salam...
kak wan nak tnya lagi..mengenai cream chese yang telah dibuka hnya tahan seminggu sahaja ke? saya ada simpan dalam tupperware sudah lebih seminggu...balutan nyer hnya plastik sahaja..boleh terangkan lebih lanjut...

Citarasawan said...

Ir iera@boleh CnP tapi sertakan blog link citarasawan ok.. cream cheese lbih dri seminggu akan berbau hapak (walau pun msih nmp baik) lbh dari tmpoh ia akan berkulat dn x dsyor utk digunakan.. hrp membantu..

Melur Roslan said...

kak wan..mintak copy article nie boleh. tq

normi.san said...

Assalamu alaikum kak wan..normi di sini,lama outstation..so tak dan nk menjengok blog kak wan neh..nak tny biasanye whip topping cream jenama apa ye yg halal dan yg kak wan gunakan?..ada pergi ke kdai brgn kek, tapi tak ada lak jual whip topping cream neh..yg byk uht whipping cream je..then kalu whip topping cream ni kta bleh simpan bape lama kalu dah dibuka..n nk simpan kat freezer ke?..skian dulu ye kak wan..soklan2 lain akan nyusul kmudian..

Citarasawan said...

Normi@UHT topping cream akak guna Anchor dan whip topping Rich's, lain2 sila baca penrgan yg tlh akak berikan, jwpan tlh ada disitu.. hrp membantu.. :)

Anonymous said...

salam kak wan..nk tnya ni..lau nk wat kek indulgence blh ke guna non dairy whiping cream untuk wat layer2 dia...x tau la...baru nk try wat,,,he3

Citarasawan said...

boleh, non-diary x der masalah di jadikan topping atau filling, ia kental bila dipukul dn sng dsapu pada permukaan/lapisan (layer) cake...

Anonymous said...

mcm mana nak taw whipping cream tu dah tak elok?

Citarasawan said...

Whip cream ni macam susu segar jugak ia akn jdi masam yg menandakan ia tidak boleh digunakan lagi. bila membeli whip cream lihat expiring datenya..

tinie said...

Salam k.wan.... nak tanya ... fresh cream ngan UHT whipping cream tu sama aje ke? coz ada jumpa resepi guna fresh cream especially wat cheese cake... maaf ye sy baru dalam bidang nie......

mimie said...

As salam k.wan, baru-baru ni saya try buat kek black forest. so utk topping dier saya guna jenama rich tapi selepas saya pukul dia x brape kembang. Soalan saya ialah kalau kita nak buat topping cream, keluarkan dari freezer terus pukul ke atau biarkan beberapa minit kat luar baru pukul sebabnya kalau kita keluarkan dari freezer then terus pukul, whipping cream tu masih lagi keras kan? then lebih lebih whipping cream letak kat freezer ke kat chiller je?

Citarasawan said...

Tinne@fresh cream sam a je ngan uht whip cream, lain panggilan refer kt atas tu yaa..

Citarasawan said...

Mimie@whip cream tu ken a guna heavy duty mixer klu pukul pkai hand mixer mmg susah kembang, Lps keluar dr freezer biarkan 15minit baru pukul guna high speed hingga kembang 2 kali ganda. Lebihannya simpan dlm peti sejuk chiller bkn tempt beku yaa.. Dan thn 1 minggu biasa akak msk dlm piping bag sblum smpan dlm psejuk..

mimie said...

iye ker kak.. saya guna hand mixer sbb tu tak kembang ek.. anyway, thanx kak 4 the info..

Citarasawan said...

Mimie@whip cream tu ken a guna heavy duty mixer klu pukul pkai hand mixer mmg susah kembang, Lps keluar dr freezer biarkan 15minit baru pukul guna high speed hingga kembang 2 kali ganda. Lebihannya simpan dlm peti sejuk chiller bkn tempt beku yaa.. Dan thn 1 minggu biasa akak msk dlm piping bag sblum smpan dlm psejuk..

Citarasawan said...

Normi@UHT topping cream akak guna Anchor dan whip topping Rich's, lain2 sila baca penrgan yg tlh akak berikan, jwpan tlh ada disitu.. hrp membantu.. :)

Melur Roslan said...

kak wan..mintak copy article nie boleh. tq

Citarasawan said...

sebenarnya whipping cream tu nk dibuat apa yer? klu utk topping kek, UHT whip cream x sesuai(ia lembut) kecuali ia diadunkan menjadi coklat ganache, kalau nk adun bersama cheesecake x der masalah..

Citarasawan said...

Normi@UHT whip cream x bleh dipukul lama, ckup nmpk pekat sja, jka dpukul lama ia akn mencair semula.. mnakala whip topping cream utk toping/filing kek, pkul guna high speed hingga kembang 2x ganda.. juga x bleh overbeat nti mengeras pula.. jka guna heavy duty mixer pukul +- 5min, mixer biasa 6-8 min bergantung jnis mixer yg diguna hrp membantu...

put3dania said...

salam kak wan sya nak mtk izin amik info dri blog akak ni yerk al maklum la budak bru nak berjinak2 ngan dapur....

Post a Comment

---------------------
Komen ↓

###

Mereka juga handal! xD

My Cyber Friends

Busan? xD

Pss.. Busan? xD

Bosan tak? jom main NyanNyan game ,klik
Play!

Mainacakes

DISLAIMER

Ehem ehem..DISCLAIMER

Sebarang penyalinan semula kedalam blog adalah dibenarkan dengan keizinan dan perlu menyatakan sumber yang diambil sebagai tanda penghargaan. Sebarang penerbitan secara bercetak untuk tujuan komersial adalah tidak dibenarkan melainkan mendapat kebenaran dari penulis.

Segala gambar dan teks yang ada didalam blog ini hasil daripada penulis blog citarasawan(kakwan) kecuali disertakan sumber yang diambil.

HakCipta Terpelihara

©Awesome'kan blog Bisnes anda di :

  ©Tempah blog bisnes anda di : .

^ Naik Atas